event of the night

mlm nie........seperti yg dirancangkan semalam........aku n a'a dan juga rey plan nk gie tgk wayang cerita " karate kid ".......


tapi sayang nya rey tak dapat ikut di atas sebab2 yang tak dapat nk di elakkan............finally tinggal lah aku jer n a'a......plan pun di terus kan jugak...........tapi sayang nya cerita tue tak kuar lagi..............so kitorang pun tgk lah cerita" shrek forever after" .........best giler...........sepangjang movie aku gelak sakan...yang mcm aku tengok wayang tue sorang dalam panggung tue..........hehehhehehehehhehehehehehe...............selain gelak sakan yang aku dapat...........banyak gak lah pengajaran lain yang aku dapat.................antara nya yang paling penting adalah kita kena lah bersyukur dengan apa yg kita ada n hargailah ia selagi ia masih ada dan boleh............

erm......shrek dah dapat jumpa dia nya forever after..........hopefully aku nya forever after tak lama lagi..........

SEDIH

1huhuhuhuhuhuuhuhu.............balik dari dating dengan bf aku..........mlm tue aku kuar lah gie jalan2............aku ker summit............niat di hati nk belikan umie novel yg dia request kat aku tue............round nya round untuk cari parking kat bawah aku tak jumpa..............so aku gerak lah parking kat bahagian atas..........padahal hati aku berat jer nk ke atas.........tapi di sababkan aku malas nk patah balik...........so aku teruskan jugak.............n akibatnya.........keter kesayangan aku calar...................huhuhuhuhuhuhuhuhuhu
semalaman aku tido tak lena..........n mengharapkan bahawa tue cuma mimpi jer..........bangun ke esokkan pagi nya tanpa cuci muka n gosok gigi aku terus jer tgk keter.....tapi ternya keter aku mmg calar............huhuhuhuhuhuhuhuhuhu...........


calar teruk giler............


nie lak kat bahagian pintu belakang 2nd seat.........

iron man vs optimus prime

Iron man vs Optimus prime...........dua2 sama macho, dua2 pun ada kelebihan dan juga kekurangan sendiri......yang mana aku suka yer..............dua pilihan yang susah untuk di buat............




Kisah Gadis Cantik Giler

Baru sampai Bandar Baru Kinrara. Letih weh. Naik bas dari Kota Bharu pukul 9 malam sampai di Hentian Kajang pukul 5 pagi. Awal lagi ni. Rehat la dulu kedai mamak. Tepat pukul 7 pagi, aku bergerak mencari teksi untuk ke Komuter Bangi. Baru dua jam duk KL, duit dah guna hampir RM50. Makan kedai mamak kena rm 7, teksi pulak charge RM10. Nak naik komuter lagi, LRT lagi. Inilah kot gaya hidup di KL. Huhu

Tepat pukul 7.30 pagi, barulah boleh naik komuter, ore ramai giler. Maklumlah KL jumaat mana cuti. Tambahan pulak, ramai ore baru nak gi kerja, campur dengan orang nak balik cuti. Jenuh menunggu komuter tadi. Nasib aku baik, atas usaha gigih berebut tempat tadi, aku berjaya mendapat seat. Hehe, lega betul. Maklumlah, dahla perjalanan ke Stesen Tasik Selatan dari Stesen Bangi agak jauh, kalau kena berdiri dalam komuter sesak memang dah jadi kes naya la. Dahla mata masih mengantuk lagi.

Trek mulai bergerak perlahan. Aku melayan saja tren dengan perasaan yang cukup bercampur baur. Letih ada. Mengantuk pun ada. Komuter berhenti dari satu stesen ke satu stesen dan menjadikan penumpang dalam tren bertambah ramai dan sesak. Dalam kesesakan itu,naiklah seorang gadis yang betul-betul cantik. Dahla tinggi,putih, body pulak mak oooiii, memang seksi la. Gadis macam ni, bukan setakat hati lelaki cair, Iceberg pun boleh cair. Hahahah. Dia berdiri betul-betul di depan seorang pemuda. Seketika kemudian, pemuda itu bangun namun belum sempat pemuda itu berkata apa-apa, gadis cantik itu menolak lembut pemuda itu kembali ke tempatnya. "Terima kasih, saya lebih suka berdiri". Pemuda tercengang dengan penuh kehairanan. Namun pemuda itu berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik ini menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.”

Suara lantang dari gadis cantik itu mengejutkan ramai penumpang dalam tren tu. Kelibat mereka berdua menjadi tumpuan ramai apatah lagi suasana ketika itu cukup tenang tetapi merimaskan disebabkan ramai penumpang. Tiba-tiba pemuda itu berdiri sekali lagi dan menjerit kuat "WOI CIK KAK, AKU NOK TUBIK NI! AKU SAKIT PERUT NOK BEROK! KOYA COME LA TINO NIH!

Jeritan kuat daripada pemuda itu membuatkan semua penumpang tercengang. Tetapi ada pulak yang ketawa. Rupanya, yang tercengang tidak faham dengan apa yang pemuda itu cakap dan yang ketawa pulak semestinya orang Kelantan termasuk aku yang FAHAM BENAR MAKSUD KATA KATA PEMUDA ITU. Dan satu tren yang tadi diam membisu bertukar bising apabila dipenuhi dengan derai ketawa daripada penumpang tren bila mana seorang PAKCIK yang berasal dari Kelantan juga mentranslate maksud kata kata pemuda itu "Lelaki tu cakap, dia sakit perut nak keluar, BEROK tu bermaksud nak BERAK, yang awak perasan dia nak bagi awak duduk tu kenapa"?.

Hahahahaha, rupanya pemuda itu mahu keluar dari tren tetapi gadis cantik itu perasan yang pemuda itu cuba berlagak baik. Betapa malunya gadis cantik itu ditambah pulak berada dalam tren yang penuh dengan penumpang.