my tunang day

hari nie adalah hari yang akan jadi kenangan dalam hidup aku n dia........hari di mana aku kitorang mengambil 1steps forward dalam our relationship........16/7/2011

baju tunang aku yang tunang aku pilihkan.......

alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...walaupun ada beberapa selingan perkara yg berlaku......tapi majlis berjalan denganbaiknya...thanks to embah, angah walid n semua nya yg terlibat dah membantu dlm menjayakan my majlis tunang.


embah yang menjadi org kuat aku masa di hari aku tunang

perbincangan terakhir selepas jamuan makan sebelum pihak keluarga lelaki pulang

Akhirnya termetrai dah yg aku dah jadi tunang org.....insyaallah bulan nov ember nie aku jd isteri org lak.......wah...banyak menda nk kena buat dalam masa yg pendek........takut tak sempat jer.......mudah-mudahan Allah permudahkan kerja aku.....amin..

angah aku yang ada kat sisi aku selalu sepanjang majlis.....

embah yang kepenatan lepas majlis selesai...kesian embah.

ini dia tunang saya.........

PUJAAN HATIKU

aku suka lirik lagu nie..........best..........n lagu nie aku tujukan khas buat pujaan hati aku..........


pelukan sayang dari hati
kini tak terbendung lagi
yang telah lama kau ku nanti
kau pujaan hati

* kau genggam erat tangan ini
seakan tak ingin kau pergi
kau peluk erat tubuh ini
kau pujaan hati

reff:
biarkanlah kata sayang kan selalu terucap
biarkanlah kata cinta kan selalu ku dengar
karna kaulah kekasih hati yang selama ini memang ku cari

repeat *
repeat reff [2x]

biarkanlah kata sayang kan selalu terucap
biarkanlah kata cinta kan selalu ku dengar
karna kaulah kekasih hati yang selama ini mengisi hati

Kerenah kaum hawa yang lelaki wajib tahu........

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Benarkah cinta tue buta?

"Manuasia memerlukan pasangan untuk hidup saling melengkapi. Hadirnya cinta dan perasaan menjadikan hidup seseorang lelaki dan wanita tue sempurna seperti teguhnya kasih antara Shah jehan dan Mumtaz. Namun kadang kala cinta itu bisa menjadikan manusia buta. Bukan buta kerana memandang rupa, harta, tetapi kerana memandang cinta yang tulus n suci.......kerap kali kita dengar orang berkata "cinta itu buta" tapi benarkah cinta tue buta? Atau manusia yang terlalu takjub dengan cinta sehingga perkara buruk berlaku di sekeliling pun dikatanya baik sehingga boleh menolak keluarga demi cinta................"

erm........nie satu segment yang aku baca sampai habis pada majalah pengantin yang housemate aku baru beli semalam masa kitorang gie jalan2 dekat melaka.........actually biler baca segment nie...aku rasa ianya mcm kena pada aku.......

first of all......aku sebenarnya dah rasa penat......penat mulakan perkenalan dari awal,then fall in love,then being break up again bile.......bile my family not like it.........untill one time aku terfikir....maybe aku ditakdirkan untuk being alone..........

tapi aku tak berfikir mcm tue lagi biler jumpa si dia.........dengan dia aku rasa selesa.....aku rasa disayangi,di hargai, di hormati and aku adalah aku..........dengan dia juga buat hari2 aku bertambah menyerlah berwarna-warni selepas adanya keluarga and kawan2 aku di sekeliling............tapi pantai mana yang tak dilanda ombak.....mcm tue juga lah perhubungan aku.....tapi kali ini insyaallah aku akan cuba n pastikan yg ianya akan work up.......n end with happy ending...........aku berdoa....semoga Allah mempermudahkan jodoh aku.....amin.....

feeling

erm......kekadang aku selalu rasa sorang..........padahal, di sekeliling aku ada jer org yang care n sayang kan aku.........tapi aku tak tau naper...laletly nie feeling tue makin kerap datang.......ia gak di selang dengan rasa takut gak.......huhuhuhuhuhu.....aku tak suka feeling yang mcm nie......sebab ianya dh mula menganggu subconsciousness aku...........n buat aku jadi tak lena tido.....huhuhuhuhuhu.............tak suka lah feeling mcm nie.........aku nk buat apa2 pun semangat jadi nya.................huhuhuhuhuhuhuhuhu....................................

New posting

wow....akhirnya aku masuk ortho......huhuhuhuhuhuhuhu...........mula2 masuk aku blured n takut2...ala cuak.........yer la..........mana tak nya...masa aku aku student dulu pendedahan aku pada ortho agak kureng lah masa clinical years..........tue yang aku cuak jer....sebab aku rasa banyak giler aku tak tau......n tue ketara sangat pada expressi muka aku......sampai aku kena tegur dengan rey n maria......

and now aku dah day 5th kat ortho n aku dah oncall 2 hari dengan masukan 4 tibial pin........huhuhuhuhu...........ini pun jadi sebab ortho department ada family day, so semua HO yg senior kena gie the family day sepanjang weekend nie..........tapi seriously lepas buat tibial pin, aku rasa yang tangan aku lenguh semacam.......tue belum tapak tangan lagi.....aku rasa mcm aku nk dapat carpal tunner syndrome jer..... (aku rasa mcm salah eje jer)............tapi selisih 44 malaikat...tak nk aku.....sekarang aku tau....napa resident2 ortho aku dulu selalu leh dapat penyakit tue......huhuhuhuhuhuhu............

tapi mcm ner pun aku rasa banyak lagi yg aku nk kena belajar kat ortho......n i start to enjoy it......n i like it.........

Suddent action


hari ahad yang tak tau nak buat apa........balik dari kerja kul 12tghari aku tak tau nak buat aper......duk umah layan tv n internet.......tapi nasib lah aku ada jiran yg selalu pelik tapi kekadang menghiburkan.....(mati kl maria n rey tau...membebel diorang).........ada jer idea diorang nk wat kerja yg tak di sangka2.........

like petang semalam ......dapat buat satu biskuit chipsmore.........walaupun jadi yang tak perfect......tapi tue tak penting....yang penting adalah momment yang kitorang spent bersama tue yang berharga..........yerla...dengarmaria pokpet2....then si rey melayan semua soalan maria......hehehhehehehehehehehehhehe.........

ours chipsmore

then for dinner we all went out....makan kat area perumahan pura kencana........tapi sebelum makan tue....kitorang gie round2 tgk rumah yang kat situe.........design cantik....tapi aku rasa...pembukaan tanah dier kecik.......sekali lagi maria membebel........

habisdinner....kitorang plan nk balik....tapi tetiba si rey nie pulak nk makan ais cream.....thenplan nk beli jer n makan kat umah...tapi dier kata dier tak nk makan ais cream kat umah....dier nk makan kat dataran batu pahat..........erm....nice gak idea tue.......so kitorang solat kat masjid batu pahat lama...n then fine ice cream n makan kat dataran batu pahat.........sambil tgk2 kerenah n gelagat manusia yang ada kat situe...........

selama nie tak tau pun tentang nie............

balik dari dataran...si maria tunjukkan umah si TCW......minah tue siap sekodeng lagi.........hehehehhehehhehehehe.............

tapi part yang palingbest adalah.....kitorang gie tgk umah mewah2 kat taman soga tue..........wow.....sangat2 cantik.....dengan view yang boleh nampak satutown batu pahat.....so nice......kitorang masing2 terdetik n berkata..."agak nya biler lah kitorang akan dapat umah mcm tue ea?"...........dalam kul 9mlm barulah kitorang sampai umah............

Lelaki perlu tahu...................

lelaki perlu tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


lelaki perlu tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


lelaki perlu tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


lelaki perlu tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


lelaki perlu tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.


lelaki perlu tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.


Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


lelaki perlu tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


lelaki perlu tahu...

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


lelaki perlu tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


lelaki perlu tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.


Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


lelaki perlu tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


lelaki perlu tahu..

Apabila perempuan berkata,

“tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.


Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.


Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

lelaki perlu tahu..


Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.


Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda

Kenapa patut pilih engineer sebagai "future husband" anda

hari nie aku baca2 note kat facebook aku.......then aku jumpa satu post yang member aku up kan kat wall dia untuk di shared kan bersama............aku baca.....and aku rasa ianya menarik......since aku gurlz.......aku rasa ianya menarik....tapi biler kl yg baca nie is a man....mungkin akan protes kot....tapi nice....ianya mampu wat aku ketawa biler baca.....

Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.

1-Kehidupan yang lebih terjamin

Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda. Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.

Manakala

-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman

-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama

-Lulusan seni masih mencari pekerjaan

-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

2-Kegigihan yang tinggi

Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.

Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.

Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.

Berbeza dengan

-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda

-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda

-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda

-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.

3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan anda

Buktinya

-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda

-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda

-seorang graduan seni adalah seorang penggoda

-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat

Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.

Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui, cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.

last call of the month

erm.......23/3/11 aku oncall as passive call which is kena anta pesakit kl ada pesakit yang nk kena transfer out........awal yang buat aku bengang adalah..........relative pesakit.......pesakit nak kena anta ker HSAJB at 12pm.......tapi dah kul 1230 pun tak sampai2.........padahal bukan jauh sangat duduk nya......dah tue biler sampai melengah lah pulak.......then yg ikut pulak menantu...bukan anak......anak sibuk nk kerja....erm...apalah nk jadi.......aku jadi speechless............yerlah nk gie jb nk jumpa cardiology nak buat pericardiacentesis.....menantu mana leh bagi consent......then lantak lah.....anan tetap tak nk gie...sebab katanya kena kerja.....then...gerak jugak.......biler turun kat ambulance dapat lak ambulance yg rusak......yg tak boleh pakai plug........org yg booking kata tak pakai apa2 kecuali oxygen.......sampaikan air corn pun tak hidup...........dah lah pesakit aku nie tachypnic.........biler panas jadi makin lah restless n more tachypnic...........tak pasal2 nurse aku kena bebel ngan aku........then mesin spo2 lak tak leh guna sebab plug ambulance rusak........yang si driver lak yg berlagak bagus nie....n mulut lak mcm hampeh menambah kan lagi aku bengang..........habis perang mulut kat dalam ambulance tue.......so biler kitorang bergerak ker HSAJB tue without patient monitoring..................aku bertawakal jer sepanjang perjalanan,agar perkara yg tak di ingini tak berlaku......................alhamdulillah akhirnya selamat juga perjalanan aku..............then sampai kat HSAJB.......aku terus call cardiologist............settle semuanya....patient kena admit kat wad..........driver yg aku bengang nie bebel kenapa lambat....eh mamat nie sengal lah pulak kata aku dalam hati.....bukan aku yg uruskan kemasukan.....plus nk kena tunggu bed lagi........tue yg buat lambat.......biler tolak pt ker wad pulak.....driver tue budget taulah jalan nk ker wad....last2 kitorang sesat lak kat dalam HSAJB............makin bengang aku ngan driver nie......tahap kesabaran aku sampai maksimumnya biler waktu transper pesakit ker bed kat wad......kitorang pass over...si driver nie blah terus tinggalkan kitorang ngan bawak strecher........kitrang nie adalah tercanggak2 cari dier....then decide terus jer gie kat ambulance....sampai2 sana mamat nie tak ada......biler nampak dier....dier datang berlenggang.....stecher yg dier bawak tadi dier tinggalkan kat wad td tp floor bawah.........n ask kitorang untuk gie ambik..........mengucap panjang aku biler dengar dia kata mcm tue kat nurse aku...........biler kitorang gie semula kat wad tue untuk ambik strecher....dia datang gak...tapi naik ambulance.......aku memang bengang lah ngan mamat nie......then biler nk tolak strecher ker dalam ambulance....dier leh jer tgk kitrang yg pompuan nie buat....zalim tak zalim mamat nie.......biler minta tlg dier leh jawab....tue bukan termasuk dalam description job dia.......masa nie...aku mmg marah dier lah......kl berkira sangat......tugas tolak pesakit nie pun tak ada dalam senarai tugas aku.........seriyus mamat nie kena mark ngan aku.....n next time sent patient aku nk wat special request tak nak driver nie.......driver yg tak best pernah aku jumpa.......